IKAN MASAK KERISIK -sis rossya
1kg ikan tenggiri ( di potong ikut suka hati)
1 biji limau nipis
2 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
15 biji bawang merah}
6 biji bawang putih }
4 biji buah keras }
2 batang serai } dikisar
1 jari lengkuas }
1 jari kunyit }
2 ulas cekur ]
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
10 biji cili padi
10 biji belimbing buluh
sedikit air asam
garam secukup rasa
bawang goreng
minyak untuk menumis
Cara-caranya:-
- Lumur ikan dengan air limau nipis. Perapkan sebentar. Tumis bahan kisar sebentar.
- Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, kerisik dan tumis lagi sehingga wangi.
- Masukkan santan. Setelah mendidih, masukkan ikan, lada hitam, sedikit air asam, garam, belimbing dan lada padi.
- Masak sehingga rempahnya pekat sedikit. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng.
1 comment:
Happy Mother's Day...
Post a Comment