Wednesday 23 May 2007

* Berhenti rehat...

Sad Ingin dimaklumkan disini bahawa...sedihnya...saya tak dapat nak up date blog nie lagi. Segala apa yang terlebih atau terkurang saya mohon maaf..kalau ada rezeki saya up date balik tapi saya berehat dulu sebab terlalu sibuk dalam urusan harian...pada sesapa nak resepi...call jer la ek. Multitasking ....... untuk Irnie dan Yanor...Gambar ada dalam blog K.long...http://www.cheekychickz.blogspot.com....jumpa di sanaaaaa....Hello

Saturday 12 May 2007

* Butter Cake

Thumbs Up Kek nie bukan je senang buat, bahan pun tak banyak. Simple jer... try lah buat...tapi yang pastinya sedap sangat...sesuai bebila masa nak makan...cakap banyak pun tak de cerita...

PLAIN BUTTER CAKE-bebop

(A)
250 GM BUTTER
200 GM GULA
210 GM TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER

(B)
5 BIJI TELOR

TUANG KESEMUA BAHAN A KEDALAM MIXER DAN ADUN SEBATI. SELEPAS TU MASUKKAN BAHAN B PERLAHAN-LAHAN. PUTAR LAGI SELAMA 4 - 5 MINIT. PUTAR SEHINGGA ADUNAN LEMBUT DAN TIDAK BERBINTIL2. TUANG ADUNAN KEDLM ACUAN 9", BAKAR 160 C SELAMA 50 -60 MINIT ATAU UJI DGN LIDI DENGAN CUCUK DIBHG TENGAH KEK.

Friday 11 May 2007

* Belon terbang...

Shocked Masa singgah kat UEA ari tu tiba-tiba terdengar bunyi bising sangat...cari kiri tak de apa-apa....kanan pun tak de...Pastu dari mana...Terdongak le kat atas...Mak aii...Besarnya belon...Selalu nampak dari umah, dah tinggi tak le takut sangat..nie macam atas kepala...seram pulak kalau terjatuh atas kita...Tapi sayang tak sempat nak ambik kamera cuma snap guna hpone itupun kelam kabut sebab nak tengok yang real.





Thursday 3 May 2007

*Cakoi...

Tornado Memandangkan dah ramai yang ada breadmaker apa kata korang cuba buat cakoi lak kali nie...tak yah susah-susah campak jer sumer bahan-bahan dalam tu..pastu dok diam-diam sampai time canai dan burr...goreng...senang bebenor...pada yang belum ada...cepat-cepat le cari...p/s gambar pinjam orang...


CAKOI

Adunan Yis
200g tepung gandum
300ml air suam
1 camb yis segera (instant yeast)

DOH
1 camt tawas, ditumbuk (alum)( yang nie saya tak letak)
400ml air
2 camt soda bikarbonat
1-2 camt garam
2 camb minyak
600g tepung berprotin tinggi (bread flour)
1 camb minyak, untuk sapu
2-3 camb tepung, untuk tabur
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

  1. Untuk adunan yis: Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1-2 jam. Larutkan tawas dengan separuh air, campur dengan adunan yis. Tambah baki air, soda bikarbonat, garam dan minyak.
  2. Bubuh tepung dan gaul menjadi doh yg lembut. Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 min. Uli doh selama 10 min kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar 2 jam.
  3. Tabur tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm, lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping.Basahkan air di tengah satu potongan (gunakan lidi) kemudian lekatkan satu potongan lain di atasnya. Buat hingga habis. Angkat potongan yg bercantum, tarik sedikit kemudian terus masukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga keemasan.

tak pun cuba resepi k.Liza...dah try best gak...


KUEH CAKOI-hanieliza

Bahan-bahan :

500 gm tepung gandum
1 paket yeast segera - Mauripan
1 s/b gula halus
1/2 s/t garam
1 s/b majerin
1/2 cawan minyak jagung
2 cawan air suam ]
1 ulas bawang putih ] dimesinkan dan tapis
tepung untuk tabur dipapan canai
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

1. Gaulkan tepung dengan yeast, garam dan gula.
2. Campurkan majerin dan gaulkan saperti buat tat..rubbing method.
3. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung dan tuangkan minyak jagung dan air suam.
4. Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan. Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli.
5. Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda.
6. Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit.
7. Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 20 minit.
8. Panaskan minyak penuh dalam kuali.
9. Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan doh setebal 1 inci dan lebarnya 5 inci (lebih kurang).
10. Celupkan pisau pemotong doh ke dalam tepung dan potong doh mengikut saiz yang dikehendaki.
11.Tekankan sedikit ditengahnya tetapi jangan sampai putus.
12.Terus masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng menggunakan api kecil hingga kuning.
13. Hidangkan panas-panas

Monday 30 April 2007

* Buat roti kali ini...

Glitter AppleDah lama k.Ida mintak resepi roti..beezee la konon...sampai tak dapat-dapat nak tepek kat sini...O.k. meh try antara resepi yang selalu dibuat....



SOFT BUTTER BUNS CHANNELSumber: Channel

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air

Untuk Glazing
1 biji telur, dipukul sedikit
Mentega cair, untuk sapu atas roti

Cara-caranya
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
  3. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
  4. Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
  6. Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.

Monday 23 April 2007

*Kek lagi...Cheese fruit cake..


Cheese Fruit Cake
Sumber : Bebop

Bahan-bahannya
170 gram buah-buahan campuran
2 sudu besar jus oren

Bahan diatas ini digaul rata dan diperap selama 2 jam

70 gram mentega
70 gram krim keju
70 gram gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil pes lemon
80 gram tepung gandum
½ sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Pukul mentega, krim keju dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan pes lemon dan pukul sebentar.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang seli dengan campuran buah yang telah diperap dan gaul sebati.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 170’C – 180’C sehingga masak.

Tuesday 10 April 2007

*Nasi hujan panas.

Sunny Lama tak makan nasi pengantin tapi bernasib baik sebab bila Hanim ajak datang rumah, Anim jamu kami dengan nasi hujan panas...Lega..Memang le akak suka la sangat makan nasi orang kahwin. Ingat dah dapat makan dan settle...tapi lagi la berbayang-bayang..kalah orang bercinta..at last semalam buat le sepiuk...baru betul-betul lega..Resepi dan gambar cut and paste sebab semalam segan nak snap gambar depan boss.




NASI HUJAN PANAS -bbbatriesya

4 cawan beras basmathi - dibasuh dan ditoskan

Bahan utk menumis:
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Bunga Cengkih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega/marjerin

1/2 tin susu cair
3 1/2 cawan air - atau anggaran
Sedikit buah gajus
1 helai daun pandan - dicarikkan
Pewarna merah, hijau, kuning
Sedikit garam

Cara -caranya


  1. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan mentega.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan semua rempah hingga naik bau.
  3. Masukkan air, susu cair, garam dan daun pandan.
  4. Masukkan beras dan tutup hingga beras hampir masak. Kemudian, titikkan pewarna berapa titik pada 3 bahagian nasi. Jangan kacau lagi. Biar sebentar, baru dikacau nasi tadi hingga serata. Taburkan juga buah gajus tadi. Tutup dan biarkan masak.