Monday 30 April 2007

* Buat roti kali ini...

Glitter AppleDah lama k.Ida mintak resepi roti..beezee la konon...sampai tak dapat-dapat nak tepek kat sini...O.k. meh try antara resepi yang selalu dibuat....



SOFT BUTTER BUNS CHANNELSumber: Channel

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air

Untuk Glazing
1 biji telur, dipukul sedikit
Mentega cair, untuk sapu atas roti

Cara-caranya
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
  3. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
  4. Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
  6. Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.

Monday 23 April 2007

*Kek lagi...Cheese fruit cake..


Cheese Fruit Cake
Sumber : Bebop

Bahan-bahannya
170 gram buah-buahan campuran
2 sudu besar jus oren

Bahan diatas ini digaul rata dan diperap selama 2 jam

70 gram mentega
70 gram krim keju
70 gram gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil pes lemon
80 gram tepung gandum
½ sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Pukul mentega, krim keju dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan pes lemon dan pukul sebentar.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang seli dengan campuran buah yang telah diperap dan gaul sebati.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 170’C – 180’C sehingga masak.

Tuesday 10 April 2007

*Nasi hujan panas.

Sunny Lama tak makan nasi pengantin tapi bernasib baik sebab bila Hanim ajak datang rumah, Anim jamu kami dengan nasi hujan panas...Lega..Memang le akak suka la sangat makan nasi orang kahwin. Ingat dah dapat makan dan settle...tapi lagi la berbayang-bayang..kalah orang bercinta..at last semalam buat le sepiuk...baru betul-betul lega..Resepi dan gambar cut and paste sebab semalam segan nak snap gambar depan boss.




NASI HUJAN PANAS -bbbatriesya

4 cawan beras basmathi - dibasuh dan ditoskan

Bahan utk menumis:
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Bunga Cengkih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega/marjerin

1/2 tin susu cair
3 1/2 cawan air - atau anggaran
Sedikit buah gajus
1 helai daun pandan - dicarikkan
Pewarna merah, hijau, kuning
Sedikit garam

Cara -caranya


  1. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan mentega.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan semua rempah hingga naik bau.
  3. Masukkan air, susu cair, garam dan daun pandan.
  4. Masukkan beras dan tutup hingga beras hampir masak. Kemudian, titikkan pewarna berapa titik pada 3 bahagian nasi. Jangan kacau lagi. Biar sebentar, baru dikacau nasi tadi hingga serata. Taburkan juga buah gajus tadi. Tutup dan biarkan masak.

Friday 6 April 2007

* Renungan Jumaat...

TV 3 "Agama Terbina Di Atas Dalil dan Hujjah•Agama Langit & Agama Ciptaan Manusia". Santapan rohani untuk diri sendiri sekadar ingatan agar tidak terus leka....


Thursday 5 April 2007

* Chocolate oil cake

Hello Senang sangat nak buat kek nie. Akak lebih suka masukkan dalam cupcake sebab dah masak boleh terus ngappp...x yah tunggu sejuk betul..maklum le bau je dah ramai tnya bila boleh makan... CHOCOLATE OIL CAKE - resipidiana

3 cawan gula
3 cawan tepung all-purpose
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran ( boleh ganti mentega cair)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:-
  1. Panaskan oven 175C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Gaul hingga sebati dan tuangkan kedalam papercups dan bakar selama 20 minit.
  2. Kalau suka tabur le sikit coklat chip sebelum bakar.

Wednesday 4 April 2007

* Fatihah & Yassin untuk arwah ayah Ziana

Mosque Dah seminggu ayah Ziana kembali ke ramahtullah. Sebagai saudara marilah kita semua sedekahkan fatihah dan surah yassin untuk arwah sebagai menyambung bekalan. Mudah-mudahan usaha kita diterima Allah.

* Kek Butter Susan

Painter Sesuai sangat kalau kita nak buat untuk birthday kek anak-anak selain dari buat kek coklat. Boleh gak kalau kita nak bakar dalam cupcake so x le hancur bila budak-budak yang makan disamping tu boleh le gunakan kepakaran untuk melukis di atas cupcakes kita tu...


Kek Butter Susan -penyulawa

3 cawan tepung kek
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 cawan mentega, dilembutkan
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
4 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan sour cream






Cara-caranya :-
  1. Panaskan ketuhar pada 165 darjah C.
  2. Sapukan mentega dan tepung pada loyang 10 inci.
  3. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam acuan pukul butter, gula dan gula perang sampai kembang.
  5. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
  6. Masukkan juga vanilla. Masukkan tepung dan juga sour cream dan gaul hingga sebati. Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar selama 75 minit atau sehingga kek masak.
  7. Untuk cupcake ni kita bakar selama 25 minit pada suhu 165 darjah C sebab cup tu kecil jer... utk menambah rasa dan warna kita boh chocolate emulco.

Monday 2 April 2007

* Happy birthday Alesha

Birthday CardMeriah birthday Alesha hari tu, hampir semua jemputan bertandang. Kira-kiranya tak muat rumah le gamaknya... Dah lama tak berkumpul ramai-ramai. Sesekali banyak la cerita yang dibualkan. Kesian tuan rumah...penaaattt...Antara hidangan untuk tetamu yang datang....dalam magkuk cantik tu ada keropok udang ( nunik cakap dia beli kat kedai miah), ada puding caremel, ada kek batik irnie, soto, cupcake, birthday cake....sushi k.Ida, kuih lapis k.Nana, popia, donut,macaroni bakar. Andai kata ada yang tak ada dalam blog nie..sori ye..eli email gambar tapi fail besar so x leh dapat semua. Sekadar cuci mata jer nie...



Cool Slideshows

Sunday 1 April 2007

*Serikaya...

Honey Bagi siapa-siapa yang teringin nak makan kaya, sudi-sudi lah kiranya mencuba resepi dibawah...Rasanya macam kaya nona...atau kaya yeo's dan pada sesiapa yang menjualnya pun apa salahnya....




Serikaya

Bahan-bahannya:-

3 biji telur ayam
240g gula pasir
300ml santan ( 1biji kelapa)
2sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan/2 sudu esen pandan

Untuk gula hangus
60g gula pasir
125ml air panas

Cara-caranya:-

  1. Untuk gula hangus, panaskan gula dalam kuali non-stick.Bila keemasan, masukkan air panas dan masak sampai pekat. Biar suam sekejap atau kalau maleh na nak buat guna gula merah. Lepas tu tapis.
  2. Pukul/blender telur dan gula sampai gula hancur. Masukkan santan,tepung jangung dan gula hangus. Pukul/blend sebati.
  3. Jerang atas api yang perlahan dan kacau terus menerus sampai berkilat.
  4. Biar suam sekejap, lepas tu curah balik dalam blender dan mesin sampai licin.