Saturday 31 March 2007

Wednesday 28 March 2007

*Keropok Lekor Perantau

Big BenPernah le try banyak kali...terubat tekak nak makan...



Keropok Lekor-Kak Noormasri /jeni

Bahan-bahannya:-
2 cawan isi ikan
2 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kanji (tapioca starch)
1 sudu kecil garamais ketul secukupnya (boleh guna air sejuk dlm peti klu tak ada ais ketul)
secubit serbuk perasa jika suka

Cara-caranya:-

  1. Bersihkan ikan. Asingkan tulang dan isinya. Mesinkan isi ikan sehingga hancur.
  2. Masukkan tepung dan mesin sekali lagi sambil menambahkan sedikit demi sedikit ketulan ais/air sejuk sehingga mendpt adunan yg lembut.
    Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras.
  3. Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang.
    Panaskan air hingga mendidih. Masukkan keropok lekor.
  4. Angkat setelah ia timbul dipermukaan air beberapa ketika.
    Boleh dimakan terus atau digoreng

*Menu hari ini...Daging Masak Merah

Feed Me Kalau makan tomyam kat kedai tak pernah miss mintak daging masak merah dengan kailan ikan masin. Kadangkala rindu sangat makan kat kedai, duduk kat meja pesan air tembikai. Sabarlah dulu...Goofy


DAGING MASAK MERAH

Bahan-Bahannya:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
125 gm sos tomato
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air rebusan daging
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakannya:
  1. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm.
  2. Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya.
  3. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.
  5. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

Monday 26 March 2007

* Bila nak terror macam nie.....???

Boleh jadi ke kalau kita yang buat....????









*Koleksi Nunik...Carrot muffin & cake

Child BasketAkak selalunya buat kek coklat, butter, cream cheese, jarang sangat nak cuba benda yang pelik-pelik bunyinya tp baru-baru nie Nunik email koleksi resepinya dan nak share dengan kita. Sedap dan senang sangat nak buat. Boleh bagi * * * * *(5 bintang) markah penuh...bagi sapa-sapa yang belum try...jangan ingat carrot tak sedap buat kek.....belum cuba..belum tahu.



Carrot Muffin (serve 8) -nunik

Bahan-bahannya :
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan mentega atau minyak masak
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
1/4sudu teh baking soda
1/2 cawan mix nut/walnut } dicincang
1 cawan lobak } disagat dan ditos kering
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh vanilla (optional)

cara-caranya:-

  1. Panas kan oven 180C dan masukkan semua bahan, pukul hingga sebati
  2. Masukkan dalam acuan (separuh penuh) dan bakar selama lebih kurang 45 minit.

Saturday 24 March 2007

*Koleksi K.Ida-Sushi

SushiDi besday Aleesya ari tu, mcm semua orang tahu k.Ida bawak sushi. Sushi K.Ida jadi rebutan ramai hari tu. Oleh kerana itu K.Ida sudi memberikan resepi untuk kita semua. Gambar tak sempat lak nak ambik (kamera ada org bwk balik m'sia)...yang ada gambar kelabu asap ni (sbb guna hp) masa K.Ida bg sikit sebelum besday.Itupun sempat diselamatkan sekejap sebelum kena ngap...Let's try....


Bahan-bahannya:-
Beras pulut sushi
Seaweed

Bahan-bahan inti:-
Tuna,
Telur,
Salmon.
***K.Ida cakap buh le pape yang kite suka.


Cara-caranya:-

1. Nak buat 30 roll, Masak 500g beras sushi dengan 600ml air
dalam,
heavy-bottomed pan (gambar1). Tutup periuk dan masa
dengan suhu rendah dalam 15 minit. Tutup api, biarkan
periuk masih bertutup dan biarkan lagi untuk 15 minit.
Atau menurut K.ida masak macam masak nasi jer...



2. ratakan pulut sushi atas seaweed, susun inti dan
kemudian gulung kejap-kejap.




3. Bile dah gulung cantik-cantik, potong keping-keping dan cicah dengan kicap.

Thursday 22 March 2007

*Bingka roti...

Picnic Sambungan hari tu, lebih-lebihan @ kerak-kerak roti jangan buang. Kita recycle balik jadi kuih. Asyik buang jer kan membazir. Gambar Bingka roti nie akak buat guna tepi-tepi roti buat sandwich bekal budak-budak sekolah dan kerak( tang roti yang keras 1st dgn last). Cuba lah dan hasilnya...

Bingka roti.

Bahan-bahannya:-

400g (Kulit/kerak @roti putih)
3 biji telur
1 cawan gula
1/4 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan santan
garam secukup rasa

Cara-caranya:-
  1. Masuk semua dalam blender.....zasttt....bila dah sebati, tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170-200 degree selama 1jam 30min/ 1jam 45 min ikut oven memasing la.( kalau adunan nampak lembik..releks...memang macam tu... dah masak dan sejuk kang dia keras ler...)

Sunday 18 March 2007

* Koleksi yanor...Cheesecake.

ReadingBarangsapa yang menatap gambar dibawah, hendaklah dia....buat kek macam tu. Nie resepi dari yanor. Yanor dah try dan siap bagi gambar sekali. Sekali tengok cukup mengiurkan....semua orang kena try nie... resepi cut & paste dari email yanor.

Chesee cake.-yanor

Bahan untuk base
20 kpg biskut digestive (hancurkan) Kalau suka base ygtebal, tambah biskut lg.
1 sd besar gula halus
3 sd besar butter
  1. Gaul ketiga-tiga bahan. Letak dan tekan sikit katloyang. Bakar sekejap, lbh kurang 2 minit. Kalau lama sgt nnt keras cos nak bakar lg sekali…tak nak bakar pon boleh.. letak jek dlm peti sejuk..

Bahan Filling

750 g cream cheese

350 g gula halus

2 biji telur

2 sudu besar tepung jagung

150ml yogurt strawberi/blueberry untuk hiasan


Cara-caranya:-

  1. Pukul cheese dengan gula.
  2. Masukkan tepung, telur satupersatu dan yogurt.
  3. Tuang dlm loyang yg dah siapdengan base tadi.
  4. Bakar lebih kurang 30 minit pada suhu 150 – 180.
  5. Bila dah masak jgn keluarkan dr oven. Biar sehingga oven sejuk.
  6. Kemudian simpan dlm fridge dan hiaskandengan blueberry.tak yah guna teknik waterbath pun okey..cos kalau cheesecake yg ada tepung boleh dibakar begitu shj.. ygpenting jgn kuarkan dr oven atau bukak oven tu..biaroven tu sejuk sendirik..

Saturday 17 March 2007

* Menu hari ini...Ikan masak kerisik

Clown Fish Masak apa hari ini? Blank lagi....try menu hari ini...Sesekali tukar menu, apa salahnya.Akak dah masak banyak kali...rasanya memang sedap (tekak sendiri le...)Ramuan dari resepi asal agak banyak tapi kadangkala akak omit sesetengah bahan maklum le mana nak cari kat sini. Asal jangan tak de kerisik dah le...


IKAN MASAK KERISIK -sis rossya

1kg ikan tenggiri ( di potong ikut suka hati)
1 biji limau nipis
2 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
15 biji bawang merah}
6 biji bawang putih }
4 biji buah keras }
2 batang serai } dikisar
1 jari lengkuas }
1 jari kunyit }
2 ulas cekur ]
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
10 biji cili padi
10 biji belimbing buluh
sedikit air asam
garam secukup rasa
bawang goreng
minyak untuk menumis

Cara-caranya:-
  1. Lumur ikan dengan air limau nipis. Perapkan sebentar. Tumis bahan kisar sebentar.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, kerisik dan tumis lagi sehingga wangi.
  3. Masukkan santan. Setelah mendidih, masukkan ikan, lada hitam, sedikit air asam, garam, belimbing dan lada padi.
  4. Masak sehingga rempahnya pekat sedikit. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng.

Thursday 15 March 2007

* Apam Balik buatan sendiri

Shrove Tuesday Kalau cerita pasal apam balik teringat pasar malam lagi, tak pun tepi jalan ada orang jual apam balik. Yang besar dan tebal cuma rm2. Yang kecik dan rapuh rm1 dapat 3.Mahal-mahal pun 50sen sebijik. Kat sini mana nak cari ekk....sendiri bikin la beb!!!!




Apam Balik -hajar

Bahan-bahannya:-

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 biji telur

1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning
1 cawan kacang goreng tumbuk }
1 tin jagung krim } bahan tabur
1 cawan gula halus }

Cara-caranya:-

  1. Mesin telur dan gula.( guna blender je)
  2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning.Mesin.
  3. Masukkan tepung sedikit2 dan mesin hingga tidak berketul.
  4. Panaskan kuali yg disapu dgn sedikit minyak..masukkan 1 senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
  5. Masukkan bahan tabur.
  6. Tutup semula kuali.
  7. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan lipat dua.

P/s:- Kalau guna non-stick pan takyah sapu minyak kat kuali.

Wednesday 14 March 2007

*"Roti gulung sosej" bekal sekolah anak.

Picnic Table Tiap-tiap hari kena ada menu untuk anak-anak bawak bekal pergi sekolah. Kalau hari-hari bekal yang sama takut dorang boring pulak. Kadang-kadang terasa penat gak nak prepare bekal nie...tp apo nak dikato.....buek gak la...



Roti Gulung Sosej -K.nina

4 keping roti sandwich
4 batang sosej - yang telah direbus
2 biji telur
Sedikit garam
Serbuk roti (bread crumbs)

Cara-caranya:-

  1. Gelek roti sandwich hingga nipis - atau boleh sahaja anda kukus hingga lembut.
  2. Telur dicampur dengan garam dan dipukul sekejap.
  3. Letakkan sosej di atas roti dan gulung.
  4. Kemaskan hujungnya dengan campuran telur tadi.
  5. Kemudian celup ke dalam telur, salutkan dengan serbuk roti dan goreng sebentar sahaja.
  6. Hidangkan dengan sos cili/sos tomato
Tapi kalau guna roti biasa kenalah kita gunting tepi-tepinya. Sayang pulak kalau dibuang macamtu saje. Selalunya akak buat......

Jejari roti:-

Bahan-bahan :

24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk.
  2. Pukul telur biar sebati.
  3. Panaskan minyak.
  4. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang. Buat sampai habis.
  5. Kalau minyak kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya. Sedap dimakan semasa panas-panas.

atau goreng sekejap macam tu jer dengan api besar ...pastu sira dengan gula. Ataupun.....

Cucur roti istimewa:-

Bahan-bahan:

Lebihan dan kerak-kerak roti
120g tepung gandum
120ml air

***blend sampai halus.

10 ekor udang basah - potong kecil-kecil
1 labu bwg besar - potong dadu
3 biji cili merah - potong dadu
Daun bawang/kucai
sedikit ikan bilisgaram/1 kiub patinya
serbuk kunyit

Cara-caranya:-

Campurkan kesemua bahan. Goreng.

Sunday 11 March 2007

Cerita pasal tepung...

Mount Cook Baru-baru nie masa main-main dengan blog, terbaca 1 info yang sangat berguna untuk kita yang dok kat dapur.Cerita pasal tepung. Banyak sangat nama tepung sampai kita sendiri keliru yang mana satu. Anyway thanks pada resepidiana atas info yang sangat-sangat berguna ini.

TEPUNG GANDUM/ TEPUNG SERBAGUNA:-

Tepung gandum/ Tepung Serbaguna sangat sesuai digunakan untuk membaut kek, lempeng, pastry dan juga dapat digunakan sebagai bahan pemekat. Ia juga sesuai digunakan untuk membuat Char Kuay dan roti prata.

TEPUNG NAIK SENDIRI:-

Tepung Naik Sendiri adalah tepung yang berkualiti tinggi dimana ia dicampurkan dengan bahan penaik. Ia sesuai untuk digunakan untuk membuat kek dan biskut. Sesuai juga digunakan bila kita ingin menggoreng udang sebagai bahan salutan, jemput-jemput ataupun goreng pisang.

TEPUNG ROTI:-

Tepung roti adalah tepung yang tinggi dari kadar protein, sesuai digunakan untuk membuat roti dan bun.

TEPUNG KEK/ TEPUNG SUPERFINE:-

Tepung Kek/ Tepung Superfine ini adalah tepung yang berkualiti tinggi dan lembut. Ia mempunyai kadar toleransi yang tinggi bila resipi tersebut menggunakan banyak mentega dan gula. Hasilnya kek yang dihasilkan akan gebu. Ia sesuai digunakan bila membuat kek span ataupun kek pound.

TEPUNG HONG KONG:-

Tepung Hong Kong adalah tepung yang putih bersih. Ia sesuai digunakan untuk membuat pau dan juga kek lapis. Warna putih tepung ini dapat menghasilkan pau yang berwarna putih bersih dan kek lapis warnanya lebih menyerlah dan halus kualitinya.

TEPUNG JAGUNG:-

Tepung Jagung dapat kita gunakan sebagai bahan memekat bila kita menyediakan kuah, pudding ataupun inti pie. Kegunaan tepung jagung sewaktu membuat Swiss Roll dapat menghasilkan kek yang mantap.

TEPUNG KASTAD:-

Tepung Kastad sesuai digunakan bila kita hendak membuat kastad untuk pudding ataupun inti cream puff. Tepung Kastad juga digunakan bila membuat biskut untuk mendapat aroma dan juga warna yang kekuningan selain dari memberi keranguppan pada biskut





Friday 9 March 2007

Home made Fishball....

Cooking DinnerMasa ramai-ramai datang umah,ziana tanya macamana nak buat fishball. Masa tu tak berani lagi nak bagi resepi sebab macam tak confident jer dengan cara buat. Bukan kedekut ilmu tapi takut bagi ajaran songsang..dari nak buat fishball terus jadi basketball..sapa lak nak jawab...

HOMEMADE FISH BALL

Bahan-bahan:
400 g isi ikan tenggiri
1 sudu kecil garam (paras rata)
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil tepung ubi
60 ml air sejuk atau secukupnya
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
secubit serbuk perasa jika suka


Cara membuat:

  1. Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat.
  2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
  3. Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
  4. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
  5. Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.

Wednesday 7 March 2007

Hari Pertama...New Castle...

London TaxiKami nak ke Scotland tapi tidur dulu di New Castle....Uncle Huszeine cadangkan pergi ke Alnwick Garden. Kami pun setuju tapi malangnya jem teruk di New Castle City. Family Uncle Huszeine dah lepas, kami jauh lagi sebab banyak kali sangat berhenti...akhirnya kami try jalan lain lalu dalam terowong bawah sungai..dah lama tak tengok tol...hari nie kena bayar tol..main campak jer dalam mangkuk...
Jumpa Uncle Huszeine & Family kat Alnwick garden. 1st sekali bebudak dok terkam snow tepi jalan. Dah tak sabar lagi lah kononnya...


Dalam garden nie ada castle yang cantik tapi sayang kami langkah kiri sebab castle nie ditutup dan akan kembali dibuka masa spring nanti...

Ada gak castle yang di buat dari kayu...kami ingat boleh le masuk rupa-rupanya restoran....fuh!!! tipah tertipu betoi......
"Ibu" nie gayat orangnya....semua dok pakat-pakat nak jalan kat jambatan gantung yang ada kat situ...Ok gak...Sekarang "ibu" dah tak gayat lagi...

Masa untuk beransur ke hotel...Diam tak diam berjam-jam dok kat sini...Ada rezeki mungkin datang lagi....

Malam di New Castle...10/2/07


Sampai hotel dah penat...Nak masak untuk makan malam dulu. Bila dah makan kami keluar jalan-jalan...
Nak cari New Castle castle dah malam....gelap nak tengok map. "Ayah" cadangkan kami cari Mellinium Bridge jer...

Cari punya cari...gelap...3 kali pusing baru lah jumpa jambatan nie. Khas untuk orang jalan kaki dan ambik angin malam jer. Cantik...jambatan nie berlampu dan sentiasa bertukar warna..tapi alamak...kamera lupa lak nak bawak...guna handphone "ibu" la gamaknya.....


Kami jalan-jalan dalam 1/2 jam pastu "ayah" ajak balik sebab sejuk sangat sampai ke tulang. Kesian tengok Faiz...macam dah nak keras...Kena balik gak rehat sebab esok nak g Scotland pulak...cukup la untuk hari nie...balik jer hotel.....zzzzz.....