Roti Gulung Sosej -K.nina
4 keping roti sandwich
4 batang sosej - yang telah direbus
2 biji telur
Sedikit garam
Serbuk roti (bread crumbs)
Cara-caranya:-
- Gelek roti sandwich hingga nipis - atau boleh sahaja anda kukus hingga lembut.
- Telur dicampur dengan garam dan dipukul sekejap.
- Letakkan sosej di atas roti dan gulung.
- Kemaskan hujungnya dengan campuran telur tadi.
- Kemudian celup ke dalam telur, salutkan dengan serbuk roti dan goreng sebentar sahaja.
- Hidangkan dengan sos cili/sos tomato
Jejari roti:-
Bahan-bahan :
24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk.
- Pukul telur biar sebati.
- Panaskan minyak.
- Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang. Buat sampai habis.
- Kalau minyak kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya. Sedap dimakan semasa panas-panas.
atau goreng sekejap macam tu jer dengan api besar ...pastu sira dengan gula. Ataupun.....
Cucur roti istimewa:-
Bahan-bahan:
Lebihan dan kerak-kerak roti
120g tepung gandum
120ml air
***blend sampai halus.
10 ekor udang basah - potong kecil-kecil
1 labu bwg besar - potong dadu
3 biji cili merah - potong dadu
Daun bawang/kucai
sedikit ikan bilisgaram/1 kiub patinya
serbuk kunyit
Cara-caranya:-
Campurkan kesemua bahan. Goreng.
No comments:
Post a Comment