Saturday 17 March 2007

* Menu hari ini...Ikan masak kerisik

Clown Fish Masak apa hari ini? Blank lagi....try menu hari ini...Sesekali tukar menu, apa salahnya.Akak dah masak banyak kali...rasanya memang sedap (tekak sendiri le...)Ramuan dari resepi asal agak banyak tapi kadangkala akak omit sesetengah bahan maklum le mana nak cari kat sini. Asal jangan tak de kerisik dah le...


IKAN MASAK KERISIK -sis rossya

1kg ikan tenggiri ( di potong ikut suka hati)
1 biji limau nipis
2 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
15 biji bawang merah}
6 biji bawang putih }
4 biji buah keras }
2 batang serai } dikisar
1 jari lengkuas }
1 jari kunyit }
2 ulas cekur ]
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
10 biji cili padi
10 biji belimbing buluh
sedikit air asam
garam secukup rasa
bawang goreng
minyak untuk menumis

Cara-caranya:-
  1. Lumur ikan dengan air limau nipis. Perapkan sebentar. Tumis bahan kisar sebentar.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, kerisik dan tumis lagi sehingga wangi.
  3. Masukkan santan. Setelah mendidih, masukkan ikan, lada hitam, sedikit air asam, garam, belimbing dan lada padi.
  4. Masak sehingga rempahnya pekat sedikit. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng.

1 comment:

maple said...

Happy Mother's Day...