Saturday, 31 March 2007
Wednesday, 28 March 2007
*Keropok Lekor Perantau
Keropok Lekor-Kak Noormasri /jeni
Bahan-bahannya:-
2 cawan isi ikan
2 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kanji (tapioca starch)
1 sudu kecil garamais ketul secukupnya (boleh guna air sejuk dlm peti klu tak ada ais ketul)
secubit serbuk perasa jika suka
Cara-caranya:-
- Bersihkan ikan. Asingkan tulang dan isinya. Mesinkan isi ikan sehingga hancur.
- Masukkan tepung dan mesin sekali lagi sambil menambahkan sedikit demi sedikit ketulan ais/air sejuk sehingga mendpt adunan yg lembut.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras. - Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang.
Panaskan air hingga mendidih. Masukkan keropok lekor. - Angkat setelah ia timbul dipermukaan air beberapa ketika.
Boleh dimakan terus atau digoreng
*Menu hari ini...Daging Masak Merah
Bahan-Bahannya:
- Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm.
- Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya.
- Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.
- Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.
Monday, 26 March 2007
*Koleksi Nunik...Carrot muffin & cake
Carrot Muffin (serve 8) -nunik
Bahan-bahannya :
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan mentega atau minyak masak
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
1/4sudu teh baking soda
1/2 cawan mix nut/walnut } dicincang
1 cawan lobak } disagat dan ditos kering
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh vanilla (optional)
cara-caranya:-
Saturday, 24 March 2007
*Koleksi K.Ida-Sushi
Bahan-bahannya:-
Beras pulut sushi
Seaweed
Bahan-bahan inti:-
Tuna,
Telur,
Salmon.
***K.Ida cakap buh le pape yang kite suka.
Cara-caranya:-
1. Nak buat 30 roll, Masak 500g beras sushi dengan 600ml air
dalam, heavy-bottomed pan (gambar1). Tutup periuk dan masa
dengan suhu rendah dalam 15 minit. Tutup api, biarkan
periuk masih bertutup dan biarkan lagi untuk 15 minit.
Atau menurut K.ida masak macam masak nasi jer...
2. ratakan pulut sushi atas seaweed, susun inti dan
kemudian gulung kejap-kejap.
3. Bile dah gulung cantik-cantik, potong keping-keping dan cicah dengan kicap.
Thursday, 22 March 2007
*Bingka roti...
Bingka roti.
Bahan-bahannya:-
400g (Kulit/kerak @roti putih)
3 biji telur
1 cawan gula
1/4 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan santan
garam secukup rasa
Cara-caranya:-
Sunday, 18 March 2007
* Koleksi yanor...Cheesecake.
Chesee cake.-yanor
- Gaul ketiga-tiga bahan. Letak dan tekan sikit katloyang. Bakar sekejap, lbh kurang 2 minit. Kalau lama sgt nnt keras cos nak bakar lg sekali…tak nak bakar pon boleh.. letak jek dlm peti sejuk..
Bahan Filling
750 g cream cheese
350 g gula halus
2 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
150ml yogurt strawberi/blueberry untuk hiasan
Cara-caranya:-
- Pukul cheese dengan gula.
- Masukkan tepung, telur satupersatu dan yogurt.
- Tuang dlm loyang yg dah siapdengan base tadi.
- Bakar lebih kurang 30 minit pada suhu 150 – 180.
- Bila dah masak jgn keluarkan dr oven. Biar sehingga oven sejuk.
- Kemudian simpan dlm fridge dan hiaskandengan blueberry.tak yah guna teknik waterbath pun okey..cos kalau cheesecake yg ada tepung boleh dibakar begitu shj.. ygpenting jgn kuarkan dr oven atau bukak oven tu..biaroven tu sejuk sendirik..
Saturday, 17 March 2007
* Menu hari ini...Ikan masak kerisik
1kg ikan tenggiri ( di potong ikut suka hati)
Cara-caranya:-
- Lumur ikan dengan air limau nipis. Perapkan sebentar. Tumis bahan kisar sebentar.
- Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, kerisik dan tumis lagi sehingga wangi.
- Masukkan santan. Setelah mendidih, masukkan ikan, lada hitam, sedikit air asam, garam, belimbing dan lada padi.
- Masak sehingga rempahnya pekat sedikit. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng.
Thursday, 15 March 2007
* Apam Balik buatan sendiri
Apam Balik -hajar
Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning
1 cawan kacang goreng tumbuk }
1 tin jagung krim } bahan tabur
1 cawan gula halus }
Cara-caranya:-
- Mesin telur dan gula.( guna blender je)
- Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning.Mesin.
- Masukkan tepung sedikit2 dan mesin hingga tidak berketul.
- Panaskan kuali yg disapu dgn sedikit minyak..masukkan 1 senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
- Masukkan bahan tabur.
- Tutup semula kuali.
- Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan lipat dua.
P/s:- Kalau guna non-stick pan takyah sapu minyak kat kuali.
Wednesday, 14 March 2007
*"Roti gulung sosej" bekal sekolah anak.
Roti Gulung Sosej -K.nina
4 keping roti sandwich
4 batang sosej - yang telah direbus
2 biji telur
Sedikit garam
Serbuk roti (bread crumbs)
Cara-caranya:-
- Gelek roti sandwich hingga nipis - atau boleh sahaja anda kukus hingga lembut.
- Telur dicampur dengan garam dan dipukul sekejap.
- Letakkan sosej di atas roti dan gulung.
- Kemaskan hujungnya dengan campuran telur tadi.
- Kemudian celup ke dalam telur, salutkan dengan serbuk roti dan goreng sebentar sahaja.
- Hidangkan dengan sos cili/sos tomato
Jejari roti:-
Bahan-bahan :
24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk.
- Pukul telur biar sebati.
- Panaskan minyak.
- Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang. Buat sampai habis.
- Kalau minyak kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya. Sedap dimakan semasa panas-panas.
atau goreng sekejap macam tu jer dengan api besar ...pastu sira dengan gula. Ataupun.....
Cucur roti istimewa:-
Bahan-bahan:
Lebihan dan kerak-kerak roti
120g tepung gandum
120ml air
***blend sampai halus.
10 ekor udang basah - potong kecil-kecil
1 labu bwg besar - potong dadu
3 biji cili merah - potong dadu
Daun bawang/kucai
sedikit ikan bilisgaram/1 kiub patinya
serbuk kunyit
Cara-caranya:-
Campurkan kesemua bahan. Goreng.
Sunday, 11 March 2007
Cerita pasal tepung...
TEPUNG GANDUM/ TEPUNG SERBAGUNA:-
Tepung gandum/ Tepung Serbaguna sangat sesuai digunakan untuk membaut kek, lempeng, pastry dan juga dapat digunakan sebagai bahan pemekat. Ia juga sesuai digunakan untuk membuat Char Kuay dan roti prata.
TEPUNG NAIK SENDIRI:-
Tepung Naik Sendiri adalah tepung yang berkualiti tinggi dimana ia dicampurkan dengan bahan penaik. Ia sesuai untuk digunakan untuk membuat kek dan biskut. Sesuai juga digunakan bila kita ingin menggoreng udang sebagai bahan salutan, jemput-jemput ataupun goreng pisang.
TEPUNG ROTI:-
Tepung roti adalah tepung yang tinggi dari kadar protein, sesuai digunakan untuk membuat roti dan bun.
TEPUNG KEK/ TEPUNG SUPERFINE:-
Tepung Kek/ Tepung Superfine ini adalah tepung yang berkualiti tinggi dan lembut. Ia mempunyai kadar toleransi yang tinggi bila resipi tersebut menggunakan banyak mentega dan gula. Hasilnya kek yang dihasilkan akan gebu. Ia sesuai digunakan bila membuat kek span ataupun kek pound.
TEPUNG HONG KONG:-
Tepung Hong Kong adalah tepung yang putih bersih. Ia sesuai digunakan untuk membuat pau dan juga kek lapis. Warna putih tepung ini dapat menghasilkan pau yang berwarna putih bersih dan kek lapis warnanya lebih menyerlah dan halus kualitinya.
TEPUNG JAGUNG:-
Tepung Jagung dapat kita gunakan sebagai bahan memekat bila kita menyediakan kuah, pudding ataupun inti pie. Kegunaan tepung jagung sewaktu membuat Swiss Roll dapat menghasilkan kek yang mantap.
TEPUNG KASTAD:-
Tepung Kastad sesuai digunakan bila kita hendak membuat kastad untuk pudding ataupun inti cream puff. Tepung Kastad juga digunakan bila membuat biskut untuk mendapat aroma dan juga warna yang kekuningan selain dari memberi keranguppan pada biskut
Friday, 9 March 2007
Home made Fishball....
HOMEMADE FISH BALL
Bahan-bahan:
400 g isi ikan tenggiri
1 sudu kecil garam (paras rata)
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil tepung ubi
60 ml air sejuk atau secukupnya
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
secubit serbuk perasa jika suka
Cara membuat:
- Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat.
- Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
- Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
- Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
- Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.
Wednesday, 7 March 2007
Hari Pertama...New Castle...
Ada gak castle yang di buat dari kayu...kami ingat boleh le masuk rupa-rupanya restoran....fuh!!! tipah tertipu betoi......
"Ibu" nie gayat orangnya....semua dok pakat-pakat nak jalan kat jambatan gantung yang ada kat situ...Ok gak...Sekarang "ibu" dah tak gayat lagi...
Malam di New Castle...10/2/07
Sampai hotel dah penat...Nak masak untuk makan malam dulu. Bila dah makan kami keluar jalan-jalan...
Nak cari New Castle castle dah malam....gelap nak tengok map. "Ayah" cadangkan kami cari Mellinium Bridge jer...
Kami jalan-jalan dalam 1/2 jam pastu "ayah" ajak balik sebab sejuk sangat sampai ke tulang. Kesian tengok Faiz...macam dah nak keras...Kena balik gak rehat sebab esok nak g Scotland pulak...cukup la untuk hari nie...balik jer hotel.....zzzzz.....