Tuesday, 27 February 2007

Muffin Vanilla untuk minum petang di rumah Ziana

Sipping Tea Petang-petang kalau dah tak de apa nak buat mari kita semua serbu rumah Ziana untuk minum petang...Acam.....???? Meh ramai-ramai kita serbu...!!!! gambar bawah nie pinjam dari orang...




VANILLA CHOCOLATE CHIP MUFFIN

250 g mentega (suhu bilik)
225 g gula castor
210ml susu segar
3 biji telur (suhu bilik)
375 g tepung serbaguna
1 sudu
teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla

170 g chocolate chip

Cara-caranya:-

1. Pukul mentega sehingga lembut. Tambah gula dan pukul lagi sehingga light dan fluffy. Masukkan telur dan pukul satu persatu. Masukkan esen vanilla.Pukul lagi.
2. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan ke dalam bancuhan mentega tadi berselang seli dengan susu. Kacau hingga rata.
3. Guna spatula masukkan choc chip. Kacau lagi sampai agak-agak populasi choc chip tu dah tersebar sekata dalam adunan tadi.
4. Masukkan ke dalam muffin cup hingga 3/4 ketinggiannya. Taburkan lagi cho chip di atas permukaan muffin.
5. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 160-190 degree.(ikut oven)





5 comments:

maple said...

Anim punye, takde ke? huhuhuhuhu....:P

acik aznin said...

Semalam akak tanya nak makan apa...jual mahal...

acik aznin said...
This comment has been removed by the author.
MommyCool said...

kak.. tepung serbaguna tu apa ek?? self raising flour ke?? (ampun.. saya lembap sikit bab baking2 nih..)

acik aznin said...

Akak pun guna self raising flour tp kalau kat m'sia ada jual kat giant/tesco.