VANILLA CHOCOLATE CHIP MUFFIN
250 g mentega (suhu bilik)
225 g gula castor
210ml susu segar
3 biji telur (suhu bilik)
375 g tepung serbaguna
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla
170 g chocolate chip
Cara-caranya:-
1. Pukul mentega sehingga lembut. Tambah gula dan pukul lagi sehingga light dan fluffy. Masukkan telur dan pukul satu persatu. Masukkan esen vanilla.Pukul lagi.
2. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan ke dalam bancuhan mentega tadi berselang seli dengan susu. Kacau hingga rata.
3. Guna spatula masukkan choc chip. Kacau lagi sampai agak-agak populasi choc chip tu dah tersebar sekata dalam adunan tadi.
4. Masukkan ke dalam muffin cup hingga 3/4 ketinggiannya. Taburkan lagi cho chip di atas permukaan muffin.
5. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 160-190 degree.(ikut oven)
5 comments:
Anim punye, takde ke? huhuhuhuhu....:P
Semalam akak tanya nak makan apa...jual mahal...
kak.. tepung serbaguna tu apa ek?? self raising flour ke?? (ampun.. saya lembap sikit bab baking2 nih..)
Akak pun guna self raising flour tp kalau kat m'sia ada jual kat giant/tesco.
Post a Comment