Tekak orang mengandung ni susah nak agak. Nak bagi apa-apa pun fikir banyak kali..takut tak kena selera tapi masa hanim boring-boring kat umah buat2 la donat. Akak bagi 2 resepi. 1 internet copy...1 mak akak punya resepi...try la memana...dah buat jangan lupa pas sikit....Donut suria cut & paste..(takut salah tiap)
DONUT SURIA -Hanieliza
Bahan A
3 cawan tepung
3 s/b susu tepung
3 s/b shortening >>> kak liza buat 1 s/b shortening + 2 butter
3 s/b gula pasir halus
Bahan B*
210 ml air suam
2 s/k instant yeast..kalau guna mauripan tak boleh perap lebih dr ½ jam
Bahan C
minyak untuk gorengan
1 s/b majerin
gula kastor
Cara:
1. Masukkan air dan semua bahan kecuali butter dan shortening dalam Bread Machine atau mesin penguli.
2. Ulikan pada setting 'Dough' atau sehingga doh kental.
3. Masukkan butter dan shortening dan uli lagi sehingga kental.
4. Keluarkan doh dan canaikan untuk adunan donut. Peramkan sekejap.
5. Panaskan minyak dan majerin dan gorengkan sehingga warna kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan minyak.
7. Golekkan dalam gula kastor dan hidangkan.
Donut Makcik Kamariah....(tradisional)
500g tepung gandum
1/4 cwn yis basah.(1 pkt mauripan)
4 sudu besar gula
1 cawan air suam
3 sudu besar mentega cair/minyak sayur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu tepung
1sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur (pukul sikit)
Cara:
1.Larutkan yis, garam, gula dalan air suam. Biar sampai berbuih.
2.Ayak tepung dengan soda bikarbonat. Campurkan susu tepung,susu pekat,mentega cair,telur,air yis. Uli sebati.
3. Tutup mangkuk dengan cling film/tutup periuk.Perapkan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 15- 20 minit. (Jangan lama sangat nanti doh kesep)
6. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
7. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment