Wednesday, 28 February 2007

Kek coklat kukus khas untuk k.Ida...

Make A Wish Dari tahun lepas dok cakap nak bagi k.Ida resepi kek kukus tak le bagi-bagi...bz la konon...acah je....sori ye kak...maleh nak tulis sebenarnya...Pas ni jangan lupa buat 2 tingkat untuk Hariz dan Harraz....



Kek Coklat Kukus -Sumber Zaiima/Iszah.

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
2.Tepung,soda dan baking powder di ayak bersama.
3.Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata
4.Masukkan tepung dan gaul sebati.
5.Kemudian tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dng aluminium foil/tuala goodmorning agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan .





2 comments:

MommyCool said...

kak nin.. yang minyak masak tu leh tukar jadik butter tak?? bape banyak ek butter?? menarik gak coklat cake kukus ni..

acik aznin said...

Aik...guna butter tak pernah le try..tp agak-agaknya 200g.