Monday, 26 February 2007

Spaghetti Goreng....untuk Yanor...

Alang-alang yanor dah request resepi ni akak tiap terus le kot-kot yang lain-lain nak try lak resepi akak ni.
PerfectoSpaghetti goreng

1/2 bungkus spaghetti-direbus dahulu

100g daging/ayam (dipotong kecil)
100g udang basah
10 biji fishball (di goreng sekejap dahulu)
10 labu cendawan butang (dihiris)
5 pelepah sayur sawi
3 ulas bwg putih}
6 ulas bawang merah}di kisar halus
10 tangkai cili kering}
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
1 ketul kiub ayam
sedikit air
minyak untuk menumis
garam


1. Tumis bwg putih,bwg merah,cili hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
3. Masukkan sedikit air biar seketika.
4. Masukkan daging/ayam dan udang.
5. Bila daging/ayam agak empuk, masuk pula cendawan butang, kiub ayam, garam,sos cili,sos tomato.
6. Bila agak pekat kuahnya,masuk pula sayur sawi dan spaghetti yang telah direbus. Kacau rata.
7.Masukkan kicap pekat dan gaul rata.Siap dan hidang....





1 comment:

Tg Suriyanor said...

tq2..ni yg syg akak ni....
:)
esok nak try la..