Memandangkan malam ari tu kite semua kelam kabut dgn anak2 dan cik abg memasing...salin resepi tah betul tah tidak.So untuk memastikan tidak silap resepi akak tulis le original resepi. Don"t worry insyaAllah jadi sebab nie la satu-satunya resepi yang akak follow.Macam biasa gambar x de
Kek Gula Hangus.-Sumber Rozita Che Rose.
Bahan untuk gula hangus
2 cawan gula
1 cawan air
1 cawan mentega/majerin
Bahan untuk kek
6 biji telur ayam
1/2 cawan susu cair
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil esen vanila
1.Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air (hati-hati).Lepas tu masukkan mentega kacau sehingga mentega/majerin cair. Ketepikan.
2.Pukul telur sampai kembang & putih.Masukkan susu cair kacau rata.Masukkan tepung & soda bikarbonat yg telah ayak sikit demi sikit.Tuangkan esen vanilla.Dah tu, masukkan gula hangus tadi.
3.Masukkan dalam acuan yang dah disapu minyak. Adunan ini memang cair.
Dibakar selama 50-60 mnt suhu oven 160 degree.Bergantung pada oven.
Monday, 26 February 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
thank you for the class kak nin.. kalau tak mesti menggelabah tengok gule tuh mengeras pas letak air.. he5..
Post a Comment