Wednesday, 23 May 2007
* Berhenti rehat...
Saturday, 12 May 2007
* Butter Cake
PLAIN BUTTER CAKE-bebop
(A)
250 GM BUTTER
200 GM GULA
210 GM TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER
(B)
5 BIJI TELOR
TUANG KESEMUA BAHAN A KEDALAM MIXER DAN ADUN SEBATI. SELEPAS TU MASUKKAN BAHAN B PERLAHAN-LAHAN. PUTAR LAGI SELAMA 4 - 5 MINIT. PUTAR SEHINGGA ADUNAN LEMBUT DAN TIDAK BERBINTIL2. TUANG ADUNAN KEDLM ACUAN 9", BAKAR 160 C SELAMA 50 -60 MINIT ATAU UJI DGN LIDI DENGAN CUCUK DIBHG TENGAH KEK.
Friday, 11 May 2007
* Belon terbang...
Thursday, 3 May 2007
*Cakoi...
CAKOI
Adunan Yis
200g tepung gandum
300ml air suam
1 camb yis segera (instant yeast)
DOH
1 camt tawas, ditumbuk (alum)( yang nie saya tak letak)
400ml air
2 camt soda bikarbonat
1-2 camt garam
2 camb minyak
600g tepung berprotin tinggi (bread flour)
1 camb minyak, untuk sapu
2-3 camb tepung, untuk tabur
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
- Untuk adunan yis: Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1-2 jam. Larutkan tawas dengan separuh air, campur dengan adunan yis. Tambah baki air, soda bikarbonat, garam dan minyak.
- Bubuh tepung dan gaul menjadi doh yg lembut. Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 min. Uli doh selama 10 min kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar 2 jam.
- Tabur tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm, lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping.Basahkan air di tengah satu potongan (gunakan lidi) kemudian lekatkan satu potongan lain di atasnya. Buat hingga habis. Angkat potongan yg bercantum, tarik sedikit kemudian terus masukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga keemasan.
tak pun cuba resepi k.Liza...dah try best gak...
KUEH CAKOI-hanieliza
Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
1 paket yeast segera - Mauripan
1 s/b gula halus
1/2 s/t garam
1 s/b majerin
1/2 cawan minyak jagung
2 cawan air suam ]
1 ulas bawang putih ] dimesinkan dan tapis
tepung untuk tabur dipapan canai
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:-
1. Gaulkan tepung dengan yeast, garam dan gula.
2. Campurkan majerin dan gaulkan saperti buat tat..rubbing method.
3. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung dan tuangkan minyak jagung dan air suam.
4. Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan. Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli.
5. Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda.
6. Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit.
7. Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 20 minit.
8. Panaskan minyak penuh dalam kuali.
9. Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan doh setebal 1 inci dan lebarnya 5 inci (lebih kurang).
10. Celupkan pisau pemotong doh ke dalam tepung dan potong doh mengikut saiz yang dikehendaki.
11.Tekankan sedikit ditengahnya tetapi jangan sampai putus.
12.Terus masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng menggunakan api kecil hingga kuning.
13. Hidangkan panas-panas
Monday, 30 April 2007
* Buat roti kali ini...
SOFT BUTTER BUNS CHANNELSumber: Channel
Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air
Untuk Glazing
1 biji telur, dipukul sedikit
Mentega cair, untuk sapu atas roti
Cara-caranya
- Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
- Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
- Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
- Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.
Monday, 23 April 2007
*Kek lagi...Cheese fruit cake..
Cheese Fruit Cake
Sumber : Bebop
Bahan-bahannya
170 gram buah-buahan campuran
2 sudu besar jus oren
Bahan diatas ini digaul rata dan diperap selama 2 jam
70 gram mentega
70 gram krim keju
70 gram gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil pes lemon
80 gram tepung gandum
½ sudu kecil baking powder
Cara-caranya
1. Pukul mentega, krim keju dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan pes lemon dan pukul sebentar.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang seli dengan campuran buah yang telah diperap dan gaul sebati.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 170’C – 180’C sehingga masak.
Tuesday, 10 April 2007
*Nasi hujan panas.
NASI HUJAN PANAS -bbbatriesya
4 cawan beras basmathi - dibasuh dan ditoskan
Bahan utk menumis:
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Bunga Cengkih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega/marjerin
1/2 tin susu cair
3 1/2 cawan air - atau anggaran
Sedikit buah gajus
1 helai daun pandan - dicarikkan
Pewarna merah, hijau, kuning
Sedikit garam
Cara -caranya
- Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan mentega.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan semua rempah hingga naik bau.
- Masukkan air, susu cair, garam dan daun pandan.
- Masukkan beras dan tutup hingga beras hampir masak. Kemudian, titikkan pewarna berapa titik pada 3 bahagian nasi. Jangan kacau lagi. Biar sebentar, baru dikacau nasi tadi hingga serata. Taburkan juga buah gajus tadi. Tutup dan biarkan masak.